“Tok!Tok!”
Pintuku diketuk buat kesekian kali.“Akak,Marsha masuk yer.”Kata Marsha lalu
membuka pintu bilikku.“Astagfirrullahalazim!Kenapa bersepah sangat bilik akak
ni.”Kata Marsha sambil menepi-nepikan buku-buku bacaanku yang berselerak di
atas lantai.Aku meraup mukaku sambil memandang Anna.“Marsha nak apa?”Soalku
padannya.Jam baru menunjukkan jam 8 pagi.Si Marsha ni dah menyibuk nak kejutkan
aku.“Akak kan dah janji dengan Marsha tempoh hari nak bawa Marsha pergi
jalan-jalan a.k.a shopping.”Kata Marsha sambil tersenyum simpul.Otakku ligat
memikirkan kata-kata Marsha.Yalah,hari ni kan hari Ahad.“Okeylah…Marsha keluar
dulu,akak nak mandi.”Kataku lalu mengambil tualaku.Marsha keluar daripada
bilikku sambil mengeluh.“Semak sangatlah bilik akak ni.”Katanya lalu menutup
pintu bilikku.Beginilah rutin hidupku sejak dua minggu yang lalu.Aku sebenarnya
baru sahaja pulang daripada Scotland dua minggu yang lalu.Aku mengambil jurusan
perubatan disana.Sekarang ni cuti semester selama 3 bulan.Jadi,aku ambil peluanglah
nak balik ke tanah airku.Pengajianku berbaki selama dua tahun lagi.Rutin aku
ialah,menemani mak atau Marsha pergi shopping.
“Jom.”Kataku lalu mengambil kunci keretaku.“Finally.”Kata Marsha lalu
bangun dari sofa.Aku tersenyum memandangnya.“Nak kemana?”Soalku kepada Marsha.“Kita
pergi Palm square and then Borneo and then Hypermall.”Katanya sambil tersenyum
riang.“Amboi…Banyaknya and then Marsha.”Kataku mengejek.Perjalanan kami ke Palm
Square mengambil masa kira-kira setengah jam.“Nak beli apa kat sini?”Soalku
kepada Marsha sebaik sahaja kami memasuki Palm Square.“Kita pergi kedai
Gucci.”Katanya dengan riang.Semasa memasuki kedai Gucci ada beberapa perempuan
memandang aku sambil tersenyum-senyum.Aku hanya tersenyum kerana.Yealh aku ni
berbeza sangat dengan Marsha.Marsha feminine,aku gentleman a.k.a tomboy.Fesyen
rambut Marsha adalah seperti Fesyen rambut Marsha A.F aku pula macam rambut
lelaki.Pakaian pun jauh sangat berbeza.Si Marsha ni berpakaian memang macam
wanita.Aku hanya berseluar jean longgar dan berbaju t-shirt.Marsha bershopping
mengalahkan orang yang nak berkahwin.Banyak sangat barang yang nak
dibelinya.“Finally we here.”Kataku semasa berada di Hypermall untuk menjamu
selera.Sekarang dah menunjukkan jam dua suku.Sedang kami menjamu selera tiba-tiba
Marsha menepuk kepalanya.“I forgot.Abah ada bagitau Marsha yang Abah nak akak
pergi pejabat Abah jam 4 petang nanti.”Kata Marsha.“Masih ada masa lagi.Lepas
ni Marsha nak pergi mana?”Soalku.“Marsha nak
pergi beli minyak wangi.Alah,tak jauh kat tingkat 5 jer.”Katanya dengan
selamba.Mak aih,tak jauh katanya tingkat 5.“Wangi tak yang ni?”Tanya Marsha
sambil menyerahkan wangian jenis Calvin Klein kepadaku.“Kenapa Marsha nak beli
minyak wangi lelaki?Marsha nak bagi kat siapa?”Soalku kepadanya.Marsha terdiam
seketika.“Apa kata akak tunggu kat luar.Lama lagi Marsha kat sini ni.”Cadang
Marsha.Hai,nak halau aku Nampak.Cakap jer kalau nak belikan untuk
boyfriend.Sambil membawa beg-beg plastic yang diisi dengan barangan Marsha aku
keluar daripada kedai minyak wangi tu.Aku duduk di tempat kerusi awam sambil
menunggu Marsha.“Hai…”sapa seorang perempuan kepadaku.Aku melihat-lihat
sekeliling,nampaknya hanya aku seorang yang duduk kat kerusi ni.“Are you
talking to me?”Soalku meminta kepastian.“Well yeah.”Katanya sambil mengambil
tempat di sebelahku.“Oh…Hai.”Jawabku kepadanya.Apasal pulak minah yang
tergedik-gedik ni nak kat aku?“Actually I was lonely.Awak tak nak
temankan?”Kata-katanya membuatkan aku terkejut.Ingatkan kat barat jer yang
begini,orang Melayu pun dah terjangkit nampaknya.“I’m with someone.”Kataku
sambil menunjuk ke arah Marsha.Perempuan itu menjeling.Marsha melambai-lambai
ke arahku.“She look boring.Anyway call me.”Katanya sambil menyelitkan nombor
telefonnya di tanganku.“Let me be honest.You are a very pretty woman.But don’t
waste your self for a man.And I don’t need this.”Kataku lalu memulangkan
kertasnya semula kepada perempuan itu.Memalukan kaum wanita.Sanggup menjual
diri kerana lelaki.“Sayang.”Kata Carl kepada Natasha.Muka Natasha masam
mencuka.“What’s wrong?”Soal Carl penuh prihatin.“There was a guy.He flirt with
me.”Katanya sambil menghentak-hentak kakinya.“What?”Darah Carl mendidih.“Siapa
mamat yang biadap sangat tu?”Bentak Carl keras.“Tu…”Kata Natasha sambil
menunjuk ke arah Anna.Dalam diam Natasha tersenyum puas apabila melihat Carl
berjalan ke arah orang yang dia maksudkan.“Siapa tadi tu?”Soal Marsha.“Tak
kenal.Boleh-boleh dia nak akak temankan dia.Bodohnya perempuan begitu.”Kataku
sambil ketawa.“Dah akak punya rupa macam lelaki.,Mestilah wanita-wanita syok
kat akak.”Jelas Marsha.“Hensem tak?”Kataku mengusik Marsha.Marsha menjelirkan
lidahnya padaku.“Wei jantan tak guna.!”Kata seorang lelaki tiba-tiba menarik
kolar t-shirtku.Aku terpaku memandang mamat ni.“Bro…Aasal ni?”Kataku
kepadanya.Yelah,takde angin takde rebut tiba-tiba jer aku kena serang.Macamlah
aku kenal sangat dengan mamat ni .“Apasal kau Tanya?Kau mengurat girlfriend
orang apa kes?”Katanya lalu menolak aku.Nasib baiklah aku masih boleh
mengimbangkan badan supaya tidak terjatuh.Ini yang buat aku panas ni.“Wei.Kau
jaga sikit mulut tu ah!Jangan tuduh sembarangan.”Kataku mula hilang sabar.Orang
yang lalu lalang mula melihat.“Dahlah.Orang tengok.”Kata Marsha cuba untuk
menyabarkan aku.“Kau ni manusia yang tak sedar diri.Baik mampus dari muka bumi.”Yang
ini aku dah tak boleh nak tahan.Bab-bab mampus ni aku memang tak boleh terima
dah.“Bukk!”Tanpa aku sedari aku telah menumbuk mulut lelaki itu.Lelaki itu
terundur ke belakang.“Oh my God…Blood.”Kata Natasha tiba-tiba.Muka lelaki tu
pucat serta merta.Kuat juga tumbukan aku walaupun dah bertahun tak praktis
taekwando.Bukanlah nak meninggi diri tapi aku ni bekas pengerusi persatuan
taekwando dulu time kat sekolah.“Wei,baik kau blah.”Kata Natasha.Marsha menarik
aku untuk beredar.“Carl dear…Are you okay?”Kata Natasha lalu mengesat peluh
yang mengalir didahi Carl.Carl hanya menggelengkan kepalanya.Sesakit mana pun
bibirnya,sakit lagi hatinya kerana maruahnya telah tercalar.Egonya pula seperti
dipijak-pijak oleh Anna.‘If I ever see him anywhere,matilah dia’kata Carl dalam
hati.
*****************************************************
~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~
Segala sumpah seranah telah keluar daripada mulutku.“Akak tak boleh
tahan.”Kataku kepada Marsha.“Mengucap kak,mengucap…Dahlah janganlah gaduh
lagi.Let by gone be bygone.Kalau akak insist juga nak keluar pergi cari mamat
tu,Marsha report kat Abah.”Ugut Marsha.Abah?Tak nak!Peristiwa beberapa tahun
yang lalu bermain semula dikepalaku.Waktu tu aku kena challenge oleh taiko-taiko(Ketua
geng) sekolah lain.Aku ni pantang dicabar.Aku pun acceptlah.Sekali Abah tahu
aku gaduh kat luar sekolah.Dia terus pindahkan aku kat luar
Negara.Furthermore,he cut all my allowance for 3 months while I was
abroad.Senyap-senyap mak hantar duit belanja kepadaku.“Fine.”Aku menurut kata
Natasha demi kebaikanku juga.“Kenapa pula mamat tu cari gaduh dengan akak?”Soal
Marsha.“Manalah akak tahu Marsha.Tapi rasanya disebabkan perempuan tadi
kot.”Kataku lalu memandu unutk menghantar Marsha pulang.Lepas ni aku kena
berhadapan dengan big boss a.k.a abah aku.“Assalamualaikum Abah.”Kataku member
salam kepadanya.“Walaikumsalam…”Abahku seorang yang baik hati tapi seorang yang
tegas dalam apa jua yang dilakukannya.“Anna cuti 3 bulan lagi kan?Abah nak
minta tolong sedikit dengan Anna.Pegawai Pengurusan kat syarikat ni minta cuti
selama 2 bulan kerana isterinya maternity leave.Katanya takde yang nak jaga
isterinya kerana isterinya anak yatim piatu dan takde saudara mara.Jadi
sementara Anna takde yang nak dibuat selama 3 bulan ni,Ayah nak minta tolonglah
ni.Anna tolong jadi Pegawai Pengurusan selama 2 bulan.Macamana?”Soal Abahku
setelah member penerangan yang panjang lebar.Aku balik kat sini ni pun nak
berehat.Yelah tapi aku ni kan tak reti nak dok tunggu sampai tiga bulan untuk
berlalu.Apasalhnya kalau aku tolongkan.Tapi…“Tapikan Abah,Anna tak tahu apa itu
pegawai pengurusan.Anna tak ada basic dalam business ni.”Kataku terus terang
kepada Abahku.Yelah kalau dah tak tahu takkanlah nak selindungkan.Nanti jahanam
syarikat Abah.“kalau pasal itu Anna tak perlu risau.Anna takkan buat sesuatu
perkara yang besar.Anna hanya melakukan tugas-tugas yang biasa sahaja.Ada orang
yang akan back upkan Anna.lagipun Anna hanya perlu mengisi jawatan ini buat
sementara waktu untuk mengelakkan daripada pekerja-pekerja kat sini
berebut-rebut nakkan jawatan tu.”Kata-kata Abah membuatkanku lega sedikit.“Anna
faham.Gajinya?”Soalku sambil tersenyum ke arah Abah.Serius-serius abah aku ni
boleh juga dibawa bergurau.“Ish anak ni…Gaji pun macam orang lain juga
lah.Takkanlah Abah nak biarkan Anna kerja tanpa gaji.Walaupun disyarikat abah
sendiri.”kata Ayahku sambil tersenyum.“Aku ingatkan kau takde tetamu
Sor.”Kata-kata seseorang membuatkan aku berpaling.Seorang lelaki dalam
lingkungan umur ayahku berada dihadapan pintu.“Eh…Shim,takpe…Kenalkan ini
Alexandra Anna,anak aku yang sulung.”Kata Abahku.Aku berdiri ingin bersalam
dengan kawan Abah.“Ini Dato’ Hashim.”Kata Abahku.Aku tersenyum memandang orang
yang bernama Dato’ Hashim.“So this is she…”Katanya sambil tersenyum kepada
Ayahku.Aku yang kebingungan hanya berdiam diri sahaja tidak ingin menyampuk
kata-katanya.Ingin pula bertanya tapi janggal rasanya.Aku bukanlah jenis orang
yang peramah.Aku ni lebih kepada jenis yang berdiam diri.“Abah,kalau dah takde
apa-apa,Anna minta diri dulu.Uncle.”Kataku sambil melangkah ke pintu.Abahku
hanya tersenyum memandangku.“Beautiful.”Kata Dato’ Hashim memulakan
bicaranya.“So…Sekarang ni anak kau pun dah balik dari Scotland,apa kata kita
teruskan rancangan kita yang telah tertangguh itu?”Kata Dato’ Hashim lagi.“Bagus
juga tu…Dapatlah impian kita selama ni ingin berbesan.Anak kau macamana
pula?”Tanya Dato’ Mansor pula.“Carl tu pasti akan ikut sahaja cakap uminya.Dia
tak kan membantah.Sebaik-baiknya kita percepatkan hal ini.”Cadang Dato’
hashim.“Anak aku pun hanya tiga bulan sahaja cutinya.Lepas tiga bulan dia nak
sambung study lagi nak graduate.”Jelas Dato’ Mansor.Kedua-dua mereka
beranggukan antara sendiri.
“Sayang,bila kita nak kahwin ni?Lama dah Asha tunggu.”Kata Natasha dengan
nada manjanya.“The end of this month I will proposed to my parent supaya pergi
merisik Asha.”Kata Carl sambil tersenyum.Natasha tersenyum puas mendengar
jawapan Carl.Rancangannya berjalan dengan lancer unutk memboloti semua kekayaan
Carl Zafran anak tunggal usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato’ Hashim
Abdullah.Tak lama lagi aku akan jadi kaya raya.Sememangnya Natasha memang
mencintai Carl tapi disebalik cintanya itu ada tersirat sesuatu yang
sememangnya dia kejar buat pertama kali dia bersua dengan Carl.“Asha?Apa yang
Asha menungkan tu?”Soal Carl apabila melihat Natasha termenung jauh sambil
tersenyum-senyum.“Asha fikirkan tentang perkahwinan kita akan menjadi
perkahwinan yang paling meriah sekali.”Kata Natsha berbohong.Carl berasa sangat
bahagia dengan Natasha.Dia harap tiada apa yang
akan menghalang perhubungan mereka walaupun pada mula-mula Carl
memberitahu umi dan ayahnya tentang hubungan dia dan Natasha,hubungan itu
memang ditentang keras oleh uminya.Memang Carl akui yang cara Natasha
berpakaian memang menjolok mata tapi kan Natasha berkerja sebagai model jadi
bagi mata Carl tidak salah berpakaian sebegitu.
Halue.....Comment2 lah yer............
No comments:
Post a Comment