“Good Morning Umi.”Sapa Itra kepada Kamariah.Uminya hanya
mengangguk sambil menyenduk mee goreng ke dalam pinggan.“Along dengan Acu
mana?”Soal Itra sambil mencuci tangannya di singki.Bersiap sedia ingin menjamu
selera.“Along kat luar.Acu pulak kat belakang.”Jawab Kamariah sambil terus
membuat kerjanya.“Pergi panggilkan Along dan Acu.”Arah kamariah kepada
anaknya.Itra pun berlari-lari anak memanggil adik beradiknya yang lain.Tidak
lama selepas itu mereka bertiga tiba dimeja makan.Sedang mereka asyik menjamu selera,uminya
mula membuka bicara.“Ayah sedang sakit dekat hospital.”Kata-kata Kamariah
membuatkan ketiga-tiga anaknya berhenti menyuap.“Jadi?”Soal Izah dengan
serius.“Umi nak balik Malaysia nak pergi jenguk ayah kamu.”Kata Kamariah dengan
tenang.“Buat apa Umi nak pergi jenguk dia?Selama ni pernah tak dia nak jenguk
kita?”Soal Izah dengan nada yang keras.Kamariah faham dengan perasaan anak
bongsunya.Hanya Izah seorang yang tidak pernah berjumpa dengan ayahnya.“Bila
Umi nak pergi?”Soal Itra dengan senyuman dibibir.“Insyaallah lusa.”jawab
Kamariah.Lega hatinya sedikit apabila Itra memberikan reaksi positif tentang
ayahnya.Namun hatinya gusar melihat anak sulungnya yang hanya berdiam
diri.“Iman,apa pendapat kamu?”Soal kamariah ingin menahu isi hati anak sulungnya.“I’m
not against it nor I’m support it.It’s up to Umi.”Kata Iman lalu bangun ke
singki unutk mencuci pinggannya.Kamariah hanya terdiam mendengar kata-kata
Iman.“Acu tak setuju Umi pergi melawat orang tu.Dia tiada kena mengena dengan
kita lagi.Dia dah tinggalkan kita 24 tahun yang lalu.He’s the one who decided
to left us.”Kata Izah.“No matter what you say Izah,he always be our
father.”Kata Itra pula.“Perkara yang lalu tak usah dikenang lagi.Biarkanlah ia
berlalu.Lagipun Umi nak jumpa ayah kamu pun sebab ada hal yang Umi nak
bincangkan.”Jelas Kamariah.Izah mencebik apabila mendengar kata-kata
Uminya.Kamariah tersenyum melihat telatah anaknya.Walaupun Iman dan Itra adalah
kembar,tetapi perangai mereka memang jauh berbeza.Iman seorang yang
pendiam,tegas dan garang orangnya.Kalau dia kata tidak bermakna jawapannya
adalah tidak dan adik-adiknya yang lain harus patuh dengan apa yang dia
katakan.Berlainan pula dengan Itra yang lemah lembut,peramah dan juga baik
hati.Itra seorang yang mudah dibawa berbincang dan mudah memaafkan kesilapan
orang lain.Izah pula seorang yang lepas cakap tetapi dia juga seorang yang
mudah diambil hati.Perkahwinan Kamariah dan Tengku Abdullah sememangnya tidak
dirancang sama sekali.Kamariah merupakan anak kepada orang gaji dirumah Tengku Abdullah.Arwah
ayah dan ibu Tengku Abdullah telah mengahwinkan Kamariah dan beliau kerana
mereka ingin Kamariah membimbing Abdullah ke jalan yang benar.Sebelum ayah
Tengku Abdullah meninggal dunia,dia telah menulis wasiat mengenai hartanya yang
akan diwarisi oleh anak tunggalnya iaitu Tengku Abdullah dengan syarat dia
mengahwini Kamariah dan mempunyai anak dengan Kamariah jikalau tidak,semua
hartanya akan didermakan kepada anak-anak yatim.Tengku Abdullah tidak mempunyai
pilihan selain daripada mengahwini Kamariah.Setelah Iman dan Itra dilahirkan
dan usia mereka hampir mencecah setahun,Tengku Abdullah telah menghalau mereka
bertiga tanpa belas kasihan daripada rumahnya.Puncanya ialah fitnah yang
disebarkan oleh Haslinda iaitu kekasih Tengku Abdullah.Tengku Abdullah
menghalau Kamariah tanpa mengetahui yang Kamariah sebenarnya sednag
mengandungkan Izah.Namun,Kamariah pasrah dengan ketentuan Allah dan Kamariah
berserta anak-anaknya membawa diri ke kota London dan tidak pernah menjejakkan
kaki ke Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.Berkat kegigihan Kamariah,dia
telah berjaya membuka sebuah kedai butik di London dan alhamdullilah sehingga
sekarang fesyen-fesyen pakaian yang dihasilkan beliau masih lagi laris
dijual.“Umi,kenapa jauh termenung ni?”Soal Itra kepada Uminya.“Umi teringat
kembali bagaimana kita meneruskan hidup sejak ayah kamu singkirkan kita
daripada hidup dia.”Jelas Kamariah jujur kepada Itra.Itra mengusap belakang
Uminya.“Tolong panggilkan Acu.Ada benda umi nak cakapkan kat dia.”Arah Kamariah
kepada Itra.Itra hanya mengangguk dan berlalu keluar untuk mencari adik
bongsunya.
~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~
“Acu nak tak jumpa dengan Ayah?”Soalan uminya membuatkan
Izah terdiam.“Tak nak.Takde maknanya nak jumpa dengan dia.Dia dah buang kita
dari hidup dia.Dia tak tahu pun yang Izah ni wujud.”Kasar sahaja nada suara
anaknya.“Sekadar jumpa apa salahnya.Bukannya nak tinggal dengan Ayah.Hanya Acu
sahaja yang tak pernah jumpa Ayah.Tak teringin nak jumpa ayah sendiri?”Kamariah
bermain psikologi dengan anaknya.Lama Izah terdiam.“Nak tu nak umi
tapi,perasaan sakit hati dengan apa yang dia pernah buat dengan umi dan along
serta angah,membuatkan Acu takut nak jumpa dengan dia.Acu takut Acu akan
terluka sepertimana umi,along dan angah rasa.”Terang Izah dengan nada sayu.“Umi
takkan benarkan dia menyakiti perasaan Acu.Hish anak umi ni,mulut sahaja laser
tapi hati dia lembut bak sutera.”Usik Kamariah kepada anaknya.Bibir Izah
mengukir senyuman mendengarkan kata-kata Uminya.Kehidupan mereka sekeluarga
agak mewah setelah ketiga-tiga mereka bekerja.Iman sebagai doktor,Itra pula
sebagai pensyarah dan Izah sebagai peguam.Kamariah amat berbangga dengan
anak-anaknya yang boleh berjaya walaupun tanpa didikan seorang insan yang
bergelar ayah.“Along tak nak ikut balik Malaysia?”Soal Itra kepada
Iman.Walaupun beza umur mereka hanyalah 3 minit tetapi Itra sangat menghormati
Iman.Iman diibaratkan sebagai ketua keluarga bagi keluarga Kamariah.“Along
banyak kerja.”Jawab Iman tanpa memandang Itra.“Rasa insecurelah kalau along tak
join sama.Selalunya along ada sebagai protective shield buat kami bertiga.”Kata
Itra dengan penuh semangat.“Iman tak boleh minta cuti walau sehari dua
pun?”Celah Kamariah yang tiba-tiba muncul.“Iman ada patient yang Iman perlu
buat check-up setiap hari Umi.”jelas Iman sambil memandang uminya.“Alah
along.Please...We never been to Malaysia as a family.Selalunya sorang-sorang
jer pergi.Semuanya atas urusan kerja.”Pujuk Itra lagi.“Sekarang nak pergi
Malaysia nak buat reunion dengan orang yang telah buang kita dari hidup
dia?”Soal Iman tegas.Itra terdiam.Apabila nada Iman sudah berubah,adik-adiknya
kecut perut ingin bersuara semula.“Iman...”Tenang sahaja nada suara uminya.Iman
menarik nafas panjang.“Acu pun bukannya apa nak ikut ke sana.acu cuma nak
temankan umi sahaja.”Kata Izah.“Along tak kisah kalau angah dan acu nak pergi
jenguk dia,tapi satu perkara yang along nak kata,once he hurt us,it isn’t
possible that he will do the same thing again.Hanya kerana dia sakit,terlantar
kat hospital baru dia nak ingat dekat kita?Along dah tak nak lagi masuk campur
dalam kehidupan dia.He was a part of us but he will never be again.”Terang
Iman.Sakit hati dan benci dia kepada Tengku Abdullah begitu mendalam.Kedua-dua
adiknya hanya membisu mendengarkan kata-kata Iman.“Along nak pergi kerja.”Kata
Iman lalu terus berlalu naik ketingkat atas.Iman menghempas fail yang
dipegangnya tadi diatas katil dengan kasar.Dia berusaha menenangkan
dirinya.Disebabkan apa yang dilakukan oleh Tengku Abdullah,Iman telah menanamkan
dalam dirinya bahawa semua lelaki adalah sama.“Why do you appear after a
centuries?”Soal Iman dalam biliknya.Alat kelulinya tiba-tiba berbunyi
menandakan dia diperlukan dihospital dengan segera.Tanpa membuang masa,Iman
bersiap dan bergegas ke hospital.
“Iman...Promise umi that you will come to pick us at
Malaysia.If you don’t come,umi will not return to London.”Kamariah mengugut
Iman.Iman tersenyum memandang uminya lalu menyalam tangan uminya.“Insyaallah
umi.”Katanya.“Angah and Acu.Take care of umi while along wasn’t there.In three
days only,you’ll be there.Along will come and we go home.Take care you
two.”Pesan Iman kepada Itra dan Izah.Sebelum mereka memasuki balai pelepasan
Iman sempat lagi memberi pesanan kepada adik-adiknya.“Kalau dia mengapa-apakan
kamu kat sana,walaupun mengguriskan hati kamu,bagitau along.”Serius sahaja muka
Iman.Adik-adiknya hanya mengangguk sambil tersenyum.“Sedih pula,Angah nak
tinggalkan Along sorang-sorang kat sini umi.”kata Itra sebaik sahaja kapal yang
dinaiki berlepas.“Biasanya Alonglah tempat kita berharap kalau ada apa-apa yang
berlaku.”Kata Izah pula.“Astagfirrullahalazim.Kita perlu membiasakan diri tanpa
along.Satu hari nanti kita tetap akan berusaha sendiri tanpa along.Along pun
perlu mempunyai kehidupannya sendiri.Sudah terlalu lama Along menjadi tulang
belakang keluarga ini.Angah dan acu pun dah besar panjang tak lama algi nak
kahwin.Takkan masa nak bersuami pun masih lagi nak berharap dengan along.”Jelas
Kamariah.Mulut Itra dan Izah memanjang apabila disebut pasal perkahwinan.Semua
yang dikatakan oleh uminya semuanya benar-benar belaka.Mereka perlu berusaha
untuk hidup tanpa berharap sangat dengan kakak sulung mereka,Nur Iman.Nur Iman
berat hati menghantar mereka bertiga pulang ke tanah air.Namun segala prasangka
buruk dibuang jauh-jauh untuk menyedapkan hatinya.
No comments:
Post a Comment