Halue...^__________^

Enjoy urself...Hopefully...

Saturday 26 May 2012

Cinta Anna Zafran Bab 1


“Tok!Tok!”
Pintuku diketuk buat kesekian kali.“Akak,Marsha masuk yer.”Kata Marsha lalu membuka pintu bilikku.“Astagfirrullahalazim!Kenapa bersepah sangat bilik akak ni.”Kata Marsha sambil menepi-nepikan buku-buku bacaanku yang berselerak di atas lantai.Aku meraup mukaku sambil memandang Anna.“Marsha nak apa?”Soalku padannya.Jam baru menunjukkan jam 8 pagi.Si Marsha ni dah menyibuk nak kejutkan aku.“Akak kan dah janji dengan Marsha tempoh hari nak bawa Marsha pergi jalan-jalan a.k.a shopping.”Kata Marsha sambil tersenyum simpul.Otakku ligat memikirkan kata-kata Marsha.Yalah,hari ni kan hari Ahad.“Okeylah…Marsha keluar dulu,akak nak mandi.”Kataku lalu mengambil tualaku.Marsha keluar daripada bilikku sambil mengeluh.“Semak sangatlah bilik akak ni.”Katanya lalu menutup pintu bilikku.Beginilah rutin hidupku sejak dua minggu yang lalu.Aku sebenarnya baru sahaja pulang daripada Scotland dua minggu yang lalu.Aku mengambil jurusan perubatan disana.Sekarang ni cuti semester selama 3 bulan.Jadi,aku ambil peluanglah nak balik ke tanah airku.Pengajianku berbaki selama dua tahun lagi.Rutin aku ialah,menemani mak atau Marsha pergi shopping.
“Jom.”Kataku lalu mengambil kunci keretaku.“Finally.”Kata Marsha lalu bangun dari sofa.Aku tersenyum memandangnya.“Nak kemana?”Soalku kepada Marsha.“Kita pergi Palm square and then Borneo and then Hypermall.”Katanya sambil tersenyum riang.“Amboi…Banyaknya and then Marsha.”Kataku mengejek.Perjalanan kami ke Palm Square mengambil masa kira-kira setengah jam.“Nak beli apa kat sini?”Soalku kepada Marsha sebaik sahaja kami memasuki Palm Square.“Kita pergi kedai Gucci.”Katanya dengan riang.Semasa memasuki kedai Gucci ada beberapa perempuan memandang aku sambil tersenyum-senyum.Aku hanya tersenyum kerana.Yealh aku ni berbeza sangat dengan Marsha.Marsha feminine,aku gentleman a.k.a tomboy.Fesyen rambut Marsha adalah seperti Fesyen rambut Marsha A.F aku pula macam rambut lelaki.Pakaian pun jauh sangat berbeza.Si Marsha ni berpakaian memang macam wanita.Aku hanya berseluar jean longgar dan berbaju t-shirt.Marsha bershopping mengalahkan orang yang nak berkahwin.Banyak sangat barang yang nak dibelinya.“Finally we here.”Kataku semasa berada di Hypermall untuk menjamu selera.Sekarang dah menunjukkan jam dua suku.Sedang kami menjamu selera tiba-tiba Marsha menepuk kepalanya.“I forgot.Abah ada bagitau Marsha yang Abah nak akak pergi pejabat Abah jam 4 petang nanti.”Kata Marsha.“Masih ada masa lagi.Lepas ni Marsha nak pergi mana?”Soalku.“Marsha nak  pergi beli minyak wangi.Alah,tak jauh kat tingkat 5 jer.”Katanya dengan selamba.Mak aih,tak jauh katanya tingkat 5.“Wangi tak yang ni?”Tanya Marsha sambil menyerahkan wangian jenis Calvin Klein kepadaku.“Kenapa Marsha nak beli minyak wangi lelaki?Marsha nak bagi kat siapa?”Soalku kepadanya.Marsha terdiam seketika.“Apa kata akak tunggu kat luar.Lama lagi Marsha kat sini ni.”Cadang Marsha.Hai,nak halau aku Nampak.Cakap jer kalau nak belikan untuk boyfriend.Sambil membawa beg-beg plastic yang diisi dengan barangan Marsha aku keluar daripada kedai minyak wangi tu.Aku duduk di tempat kerusi awam sambil menunggu Marsha.“Hai…”sapa seorang perempuan kepadaku.Aku melihat-lihat sekeliling,nampaknya hanya aku seorang yang duduk kat kerusi ni.“Are you talking to me?”Soalku meminta kepastian.“Well yeah.”Katanya sambil mengambil tempat di sebelahku.“Oh…Hai.”Jawabku kepadanya.Apasal pulak minah yang tergedik-gedik ni nak kat aku?“Actually I was lonely.Awak tak nak temankan?”Kata-katanya membuatkan aku terkejut.Ingatkan kat barat jer yang begini,orang Melayu pun dah terjangkit nampaknya.“I’m with someone.”Kataku sambil menunjuk ke arah Marsha.Perempuan itu menjeling.Marsha melambai-lambai ke arahku.“She look boring.Anyway call me.”Katanya sambil menyelitkan nombor telefonnya di tanganku.“Let me be honest.You are a very pretty woman.But don’t waste your self for a man.And I don’t need this.”Kataku lalu memulangkan kertasnya semula kepada perempuan itu.Memalukan kaum wanita.Sanggup menjual diri kerana lelaki.“Sayang.”Kata Carl kepada Natasha.Muka Natasha masam mencuka.“What’s wrong?”Soal Carl penuh prihatin.“There was a guy.He flirt with me.”Katanya sambil menghentak-hentak kakinya.“What?”Darah Carl mendidih.“Siapa mamat yang biadap sangat tu?”Bentak Carl keras.“Tu…”Kata Natasha sambil menunjuk ke arah Anna.Dalam diam Natasha tersenyum puas apabila melihat Carl berjalan ke arah orang yang dia maksudkan.“Siapa tadi tu?”Soal Marsha.“Tak kenal.Boleh-boleh dia nak akak temankan dia.Bodohnya perempuan begitu.”Kataku sambil ketawa.“Dah akak punya rupa macam lelaki.,Mestilah wanita-wanita syok kat akak.”Jelas Marsha.“Hensem tak?”Kataku mengusik Marsha.Marsha menjelirkan lidahnya padaku.“Wei jantan tak guna.!”Kata seorang lelaki tiba-tiba menarik kolar t-shirtku.Aku terpaku memandang mamat ni.“Bro…Aasal ni?”Kataku kepadanya.Yelah,takde angin takde rebut tiba-tiba jer aku kena serang.Macamlah aku kenal sangat dengan mamat ni .“Apasal kau Tanya?Kau mengurat girlfriend orang apa kes?”Katanya lalu menolak aku.Nasib baiklah aku masih boleh mengimbangkan badan supaya tidak terjatuh.Ini yang buat aku panas ni.“Wei.Kau jaga sikit mulut tu ah!Jangan tuduh sembarangan.”Kataku mula hilang sabar.Orang yang lalu lalang mula melihat.“Dahlah.Orang tengok.”Kata Marsha cuba untuk menyabarkan aku.“Kau ni manusia yang tak sedar diri.Baik mampus dari muka bumi.”Yang ini aku dah tak boleh nak tahan.Bab-bab mampus ni aku memang tak boleh terima dah.“Bukk!”Tanpa aku sedari aku telah menumbuk mulut lelaki itu.Lelaki itu terundur ke belakang.“Oh my God…Blood.”Kata Natasha tiba-tiba.Muka lelaki tu pucat serta merta.Kuat juga tumbukan aku walaupun dah bertahun tak praktis taekwando.Bukanlah nak meninggi diri tapi aku ni bekas pengerusi persatuan taekwando dulu time kat sekolah.“Wei,baik kau blah.”Kata Natasha.Marsha menarik aku untuk beredar.“Carl dear…Are you okay?”Kata Natasha lalu mengesat peluh yang mengalir didahi Carl.Carl hanya menggelengkan kepalanya.Sesakit mana pun bibirnya,sakit lagi hatinya kerana maruahnya telah tercalar.Egonya pula seperti dipijak-pijak oleh Anna.‘If I ever see him anywhere,matilah dia’kata Carl dalam hati.
                                    *****************************************************
 
~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~
Segala sumpah seranah telah keluar daripada mulutku.“Akak tak boleh tahan.”Kataku kepada Marsha.“Mengucap kak,mengucap…Dahlah janganlah gaduh lagi.Let by gone be bygone.Kalau akak insist juga nak keluar pergi cari mamat tu,Marsha report kat Abah.”Ugut Marsha.Abah?Tak nak!Peristiwa beberapa tahun yang lalu bermain semula dikepalaku.Waktu tu aku kena challenge oleh taiko-taiko(Ketua geng) sekolah lain.Aku ni pantang dicabar.Aku pun acceptlah.Sekali Abah tahu aku gaduh kat luar sekolah.Dia terus pindahkan aku kat luar Negara.Furthermore,he cut all my allowance for 3 months while I was abroad.Senyap-senyap mak hantar duit belanja kepadaku.“Fine.”Aku menurut kata Natasha demi kebaikanku juga.“Kenapa pula mamat tu cari gaduh dengan akak?”Soal Marsha.“Manalah akak tahu Marsha.Tapi rasanya disebabkan perempuan tadi kot.”Kataku lalu memandu unutk menghantar Marsha pulang.Lepas ni aku kena berhadapan dengan big boss a.k.a abah aku.“Assalamualaikum Abah.”Kataku member salam kepadanya.“Walaikumsalam…”Abahku seorang yang baik hati tapi seorang yang tegas dalam apa jua yang dilakukannya.“Anna cuti 3 bulan lagi kan?Abah nak minta tolong sedikit dengan Anna.Pegawai Pengurusan kat syarikat ni minta cuti selama 2 bulan kerana isterinya maternity leave.Katanya takde yang nak jaga isterinya kerana isterinya anak yatim piatu dan takde saudara mara.Jadi sementara Anna takde yang nak dibuat selama 3 bulan ni,Ayah nak minta tolonglah ni.Anna tolong jadi Pegawai Pengurusan selama 2 bulan.Macamana?”Soal Abahku setelah member penerangan yang panjang lebar.Aku balik kat sini ni pun nak berehat.Yelah tapi aku ni kan tak reti nak dok tunggu sampai tiga bulan untuk berlalu.Apasalhnya kalau aku tolongkan.Tapi…“Tapikan Abah,Anna tak tahu apa itu pegawai pengurusan.Anna tak ada basic dalam business ni.”Kataku terus terang kepada Abahku.Yelah kalau dah tak tahu takkanlah nak selindungkan.Nanti jahanam syarikat Abah.“kalau pasal itu Anna tak perlu risau.Anna takkan buat sesuatu perkara yang besar.Anna hanya melakukan tugas-tugas yang biasa sahaja.Ada orang yang akan back upkan Anna.lagipun Anna hanya perlu mengisi jawatan ini buat sementara waktu untuk mengelakkan daripada pekerja-pekerja kat sini berebut-rebut nakkan jawatan tu.”Kata-kata Abah membuatkanku lega sedikit.“Anna faham.Gajinya?”Soalku sambil tersenyum ke arah Abah.Serius-serius abah aku ni boleh juga dibawa bergurau.“Ish anak ni…Gaji pun macam orang lain juga lah.Takkanlah Abah nak biarkan Anna kerja tanpa gaji.Walaupun disyarikat abah sendiri.”kata Ayahku sambil tersenyum.“Aku ingatkan kau takde tetamu Sor.”Kata-kata seseorang membuatkan aku berpaling.Seorang lelaki dalam lingkungan umur ayahku berada dihadapan pintu.“Eh…Shim,takpe…Kenalkan ini Alexandra Anna,anak aku yang sulung.”Kata Abahku.Aku berdiri ingin bersalam dengan kawan Abah.“Ini Dato’ Hashim.”Kata Abahku.Aku tersenyum memandang orang yang bernama Dato’ Hashim.“So this is she…”Katanya sambil tersenyum kepada Ayahku.Aku yang kebingungan hanya berdiam diri sahaja tidak ingin menyampuk kata-katanya.Ingin pula bertanya tapi janggal rasanya.Aku bukanlah jenis orang yang peramah.Aku ni lebih kepada jenis yang berdiam diri.“Abah,kalau dah takde apa-apa,Anna minta diri dulu.Uncle.”Kataku sambil melangkah ke pintu.Abahku hanya tersenyum memandangku.“Beautiful.”Kata Dato’ Hashim memulakan bicaranya.“So…Sekarang ni anak kau pun dah balik dari Scotland,apa kata kita teruskan rancangan kita yang telah tertangguh itu?”Kata Dato’ Hashim lagi.“Bagus juga tu…Dapatlah impian kita selama ni ingin berbesan.Anak kau macamana pula?”Tanya Dato’ Mansor pula.“Carl tu pasti akan ikut sahaja cakap uminya.Dia tak kan membantah.Sebaik-baiknya kita percepatkan hal ini.”Cadang Dato’ hashim.“Anak aku pun hanya tiga bulan sahaja cutinya.Lepas tiga bulan dia nak sambung study lagi nak graduate.”Jelas Dato’ Mansor.Kedua-dua mereka beranggukan antara sendiri.
“Sayang,bila kita nak kahwin ni?Lama dah Asha tunggu.”Kata Natasha dengan nada manjanya.“The end of this month I will proposed to my parent supaya pergi merisik Asha.”Kata Carl sambil tersenyum.Natasha tersenyum puas mendengar jawapan Carl.Rancangannya berjalan dengan lancer unutk memboloti semua kekayaan Carl Zafran anak tunggal usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato’ Hashim Abdullah.Tak lama lagi aku akan jadi kaya raya.Sememangnya Natasha memang mencintai Carl tapi disebalik cintanya itu ada tersirat sesuatu yang sememangnya dia kejar buat pertama kali dia bersua dengan Carl.“Asha?Apa yang Asha menungkan tu?”Soal Carl apabila melihat Natasha termenung jauh sambil tersenyum-senyum.“Asha fikirkan tentang perkahwinan kita akan menjadi perkahwinan yang paling meriah sekali.”Kata Natsha berbohong.Carl berasa sangat bahagia dengan Natasha.Dia harap tiada apa yang  akan menghalang perhubungan mereka walaupun pada mula-mula Carl memberitahu umi dan ayahnya tentang hubungan dia dan Natasha,hubungan itu memang ditentang keras oleh uminya.Memang Carl akui yang cara Natasha berpakaian memang menjolok mata tapi kan Natasha berkerja sebagai model jadi bagi mata Carl tidak salah berpakaian sebegitu.





Halue.....Comment2 lah yer............

No comments:

Post a Comment