Halue...^__________^

Enjoy urself...Hopefully...

Monday 9 April 2012

Love??? or Hate???!! Ep 3

Haizz....Hari yang paling aku benci akhirnya tiba juga.Hari sukan awal tahun.I hate anything to do with sport.Aku ni jenis yang menyokong sahaja.Mahu sahaja aku ponteng sekolah tapi teringat balik kata-kata Cikgu Anisah selaku guru kokurikulum sekolah ni.Katanya kalau sesiapa yang tidak mengikuti tiga acara dalam sukan awal tahun akan didenda memungut sampah dikawasan sekolah.Aku lebih rela lari macam Mr.Bean daripada pungut sampah.Dengan langkah longlai aku ke garisan permulaan larian 50 meter.Alah sekadar nak tulis nama jer...Bukannya nak menang pun.Sedang aku berdiri bersama-sama Qiqin dan Mia,kelihatan Adam and the geng lalu kat garisan penamat."Wei,Natalieya Hanna larilah."Jeritnya tiba-tiba.Mukaku bertukar merah padam.Semua orang berbisik-bisik anatara satu sama lain.Memang mamat ni saja je nak sakitkan hati aku.Aku melihat ke arah Qiqin.Dia tersenyum sendiri.Kata tak suka dengan si Adam tapi riak mukanya menunjukkan sebaliknya pulak.
"Sedia,Mula!"kata Cikgu Matt memulakan larian kami.Baru 25 meter aku dah semput.Mak aih,inilah akibat jarang bersenam.Huahahaha...Asyik kat rumah jer...Walaubagaimanapun aku tak putus asa.Tak berhenti separuh jalan.Akhirnya aku tiba digarisan penamat sambil mengesat peluh yang mengalir didahiku."Hai awak...Penat nampak."Kata Adam yang tiba-tiba berada di hadapanku.Dah tahu orang penat nak tanya lagi."Awak lari tadi nampak cantik sangat..."Katanya tiba-tiba.Gila ke apa mamat ni."Nah gula-gula."Katanya sambil menghulurkan sebungkus gula-gula berperisa kopi.Aku menyambut daripada tangannya."Thanks."Kataku sambil tersenyum.Adam pun turut tersenyum."Qin,awak nak gula-gula tak?"Soalku kepada Qiqin yang tida jauh daripada aku dan Adam.Senyuman dibibir Adam hilang serta merta."Nak."Kata Qiqin tanpa berfikir panjang."Nah...Adam yang bagi.Sebenarnya dia memang berhajat nak bagi kat awak tapi dia malu."Kataku lalu memberikan gula-gula tersebut kepada Qiqin.Muka Qiqin yang merah bertambah merah lagi.Aku berjalan meninggalkan Adam.Meluatlah dengan perangai dia.Mak aku kata kalau ada orang yang kita tak kenal bagi makanan jangan ambil sebab mana lah tau dia ada niat tak baik..Allahualam!

                                        ****************************************

"Mia,kenapa dengan muka awak?"Soalku kepada Mia."Adam and the geng tu...Main-main dengan bedak entah dari mana.Diorang boleh-boleh sembur bedak tu kat muka aku."Jelas Mia sambil membersihkan sisa bedak dimukanya.Kedengaran pelajar perempuan berteriakan kat luar.Aku hanya meneruskan pembacaanku dengan buku teks."Lieya,jom teman aku pergi tandas jap."ajak Mia.Aku hanya mengangguk sambil menutup buku teks sejarah."Akhirnya...awak keluar juga."Kata Adam yang berada dekat koridor.Adam menghalang perjalananku dan Mia sudah berada dihadapan."Nak apa?"Soalku serius.Adam menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan segenggam bedak.Apa mamat ni nak buat?Dia menepuk bedak itu disebelah menyebelah tangannya dan sapukan di pipiku.Dengan sepantas kilat aku menepis tangannya.Belum pernah lelaki menyentuh pipiku atau mana-mana anggota badanku kecuali ayahku dan abang long aku."Apa awak buat ni.???!!!"Kataku separuh  menjerit sambil mengelap pipiku.Dia hanya ketawa bersama-sama dengan gengnya.Aku berjalan ke tandas."Asal awak lambat?"Soal Mia."Adam sewel tulah."Kataku lalu mencuci mukaku."Eh...Kenapa muka pipi awak merah ni?"Tanya Mia."Oh tidak..."Kataku sambil memegang pipiku.Inilah akibat kalau main dengan powder ni."Jomlah pergi kelas...Cikgu Saiful masuk kang susah kita."Ajak Mia sambil menarik tanganku.






To be continue.....
Lepas ni,ada confession...Siapa agaknya?
Hohohoh ^___~

No comments:

Post a Comment