Halue...^__________^

Enjoy urself...Hopefully...

Saturday 26 May 2012

Kasih Ohana Bab 1


“Good Morning Umi.”Sapa Itra kepada Kamariah.Uminya hanya mengangguk sambil menyenduk mee goreng ke dalam pinggan.“Along dengan Acu mana?”Soal Itra sambil mencuci tangannya di singki.Bersiap sedia ingin menjamu selera.“Along kat luar.Acu pulak kat belakang.”Jawab Kamariah sambil terus membuat kerjanya.“Pergi panggilkan Along dan Acu.”Arah kamariah kepada anaknya.Itra pun berlari-lari anak memanggil adik beradiknya yang lain.Tidak lama selepas itu mereka bertiga tiba dimeja makan.Sedang mereka asyik menjamu selera,uminya mula membuka bicara.“Ayah sedang sakit dekat hospital.”Kata-kata Kamariah membuatkan ketiga-tiga anaknya berhenti menyuap.“Jadi?”Soal Izah dengan serius.“Umi nak balik Malaysia nak pergi jenguk ayah kamu.”Kata Kamariah dengan tenang.“Buat apa Umi nak pergi jenguk dia?Selama ni pernah tak dia nak jenguk kita?”Soal Izah dengan nada yang keras.Kamariah faham dengan perasaan anak bongsunya.Hanya Izah seorang yang tidak pernah berjumpa dengan ayahnya.“Bila Umi nak pergi?”Soal Itra dengan senyuman dibibir.“Insyaallah lusa.”jawab Kamariah.Lega hatinya sedikit apabila Itra memberikan reaksi positif tentang ayahnya.Namun hatinya gusar melihat anak sulungnya yang hanya berdiam diri.“Iman,apa pendapat kamu?”Soal kamariah ingin menahu isi hati anak sulungnya.“I’m not against it nor I’m support it.It’s up to Umi.”Kata Iman lalu bangun ke singki unutk mencuci pinggannya.Kamariah hanya terdiam mendengar kata-kata Iman.“Acu tak setuju Umi pergi melawat orang tu.Dia tiada kena mengena dengan kita lagi.Dia dah tinggalkan kita 24 tahun yang lalu.He’s the one who decided to left us.”Kata Izah.“No matter what you say Izah,he always be our father.”Kata Itra pula.“Perkara yang lalu tak usah dikenang lagi.Biarkanlah ia berlalu.Lagipun Umi nak jumpa ayah kamu pun sebab ada hal yang Umi nak bincangkan.”Jelas Kamariah.Izah mencebik apabila mendengar kata-kata Uminya.Kamariah tersenyum melihat telatah anaknya.Walaupun Iman dan Itra adalah kembar,tetapi perangai mereka memang jauh berbeza.Iman seorang yang pendiam,tegas dan garang orangnya.Kalau dia kata tidak bermakna jawapannya adalah tidak dan adik-adiknya yang lain harus patuh dengan apa yang dia katakan.Berlainan pula dengan Itra yang lemah lembut,peramah dan juga baik hati.Itra seorang yang mudah dibawa berbincang dan mudah memaafkan kesilapan orang lain.Izah pula seorang yang lepas cakap tetapi dia juga seorang yang mudah diambil hati.Perkahwinan Kamariah dan Tengku Abdullah sememangnya tidak dirancang sama sekali.Kamariah merupakan anak kepada orang gaji dirumah Tengku Abdullah.Arwah ayah dan ibu Tengku Abdullah telah mengahwinkan Kamariah dan beliau kerana mereka ingin Kamariah membimbing Abdullah ke jalan yang benar.Sebelum ayah Tengku Abdullah meninggal dunia,dia telah menulis wasiat mengenai hartanya yang akan diwarisi oleh anak tunggalnya iaitu Tengku Abdullah dengan syarat dia mengahwini Kamariah dan mempunyai anak dengan Kamariah jikalau tidak,semua hartanya akan didermakan kepada anak-anak yatim.Tengku Abdullah tidak mempunyai pilihan selain daripada mengahwini Kamariah.Setelah Iman dan Itra dilahirkan dan usia mereka hampir mencecah setahun,Tengku Abdullah telah menghalau mereka bertiga tanpa belas kasihan daripada rumahnya.Puncanya ialah fitnah yang disebarkan oleh Haslinda iaitu kekasih Tengku Abdullah.Tengku Abdullah menghalau Kamariah tanpa mengetahui yang Kamariah sebenarnya sednag mengandungkan Izah.Namun,Kamariah pasrah dengan ketentuan Allah dan Kamariah berserta anak-anaknya membawa diri ke kota London dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.Berkat kegigihan Kamariah,dia telah berjaya membuka sebuah kedai butik di London dan alhamdullilah sehingga sekarang fesyen-fesyen pakaian yang dihasilkan beliau masih lagi laris dijual.“Umi,kenapa jauh termenung ni?”Soal Itra kepada Uminya.“Umi teringat kembali bagaimana kita meneruskan hidup sejak ayah kamu singkirkan kita daripada hidup dia.”Jelas Kamariah jujur kepada Itra.Itra mengusap belakang Uminya.“Tolong panggilkan Acu.Ada benda umi nak cakapkan kat dia.”Arah Kamariah kepada Itra.Itra hanya mengangguk dan berlalu keluar untuk mencari adik bongsunya.

     ~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~

“Acu nak tak jumpa dengan Ayah?”Soalan uminya membuatkan Izah terdiam.“Tak nak.Takde maknanya nak jumpa dengan dia.Dia dah buang kita dari hidup dia.Dia tak tahu pun yang Izah ni wujud.”Kasar sahaja nada suara anaknya.“Sekadar jumpa apa salahnya.Bukannya nak tinggal dengan Ayah.Hanya Acu sahaja yang tak pernah jumpa Ayah.Tak teringin nak jumpa ayah sendiri?”Kamariah bermain psikologi dengan anaknya.Lama Izah terdiam.“Nak tu nak umi tapi,perasaan sakit hati dengan apa yang dia pernah buat dengan umi dan along serta angah,membuatkan Acu takut nak jumpa dengan dia.Acu takut Acu akan terluka sepertimana umi,along dan angah rasa.”Terang Izah dengan nada sayu.“Umi takkan benarkan dia menyakiti perasaan Acu.Hish anak umi ni,mulut sahaja laser tapi hati dia lembut bak sutera.”Usik Kamariah kepada anaknya.Bibir Izah mengukir senyuman mendengarkan kata-kata Uminya.Kehidupan mereka sekeluarga agak mewah setelah ketiga-tiga mereka bekerja.Iman sebagai doktor,Itra pula sebagai pensyarah dan Izah sebagai peguam.Kamariah amat berbangga dengan anak-anaknya yang boleh berjaya walaupun tanpa didikan seorang insan yang bergelar ayah.“Along tak nak ikut balik Malaysia?”Soal Itra kepada Iman.Walaupun beza umur mereka hanyalah 3 minit tetapi Itra sangat menghormati Iman.Iman diibaratkan sebagai ketua keluarga bagi keluarga Kamariah.“Along banyak kerja.”Jawab Iman tanpa memandang Itra.“Rasa insecurelah kalau along tak join sama.Selalunya along ada sebagai protective shield buat kami bertiga.”Kata Itra dengan penuh semangat.“Iman tak boleh minta cuti walau sehari dua pun?”Celah Kamariah yang tiba-tiba muncul.“Iman ada patient yang Iman perlu buat check-up setiap hari Umi.”jelas Iman sambil memandang uminya.“Alah along.Please...We never been to Malaysia as a family.Selalunya sorang-sorang jer pergi.Semuanya atas urusan kerja.”Pujuk Itra lagi.“Sekarang nak pergi Malaysia nak buat reunion dengan orang yang telah buang kita dari hidup dia?”Soal Iman tegas.Itra terdiam.Apabila nada Iman sudah berubah,adik-adiknya kecut perut ingin bersuara semula.“Iman...”Tenang sahaja nada suara uminya.Iman menarik nafas panjang.“Acu pun bukannya apa nak ikut ke sana.acu cuma nak temankan umi sahaja.”Kata Izah.“Along tak kisah kalau angah dan acu nak pergi jenguk dia,tapi satu perkara yang along nak kata,once he hurt us,it isn’t possible that he will do the same thing again.Hanya kerana dia sakit,terlantar kat hospital baru dia nak ingat dekat kita?Along dah tak nak lagi masuk campur dalam kehidupan dia.He was a part of us but he will never be again.”Terang Iman.Sakit hati dan benci dia kepada Tengku Abdullah begitu mendalam.Kedua-dua adiknya hanya membisu mendengarkan kata-kata Iman.“Along nak pergi kerja.”Kata Iman lalu terus berlalu naik ketingkat atas.Iman menghempas fail yang dipegangnya tadi diatas katil dengan kasar.Dia berusaha menenangkan dirinya.Disebabkan apa yang dilakukan oleh Tengku Abdullah,Iman telah menanamkan dalam dirinya bahawa semua lelaki adalah sama.“Why do you appear after a centuries?”Soal Iman dalam biliknya.Alat kelulinya tiba-tiba berbunyi menandakan dia diperlukan dihospital dengan segera.Tanpa membuang masa,Iman bersiap dan bergegas ke hospital.
 
“Iman...Promise umi that you will come to pick us at Malaysia.If you don’t come,umi will not return to London.”Kamariah mengugut Iman.Iman tersenyum memandang uminya lalu menyalam tangan uminya.“Insyaallah umi.”Katanya.“Angah and Acu.Take care of umi while along wasn’t there.In three days only,you’ll be there.Along will come and we go home.Take care you two.”Pesan Iman kepada Itra dan Izah.Sebelum mereka memasuki balai pelepasan Iman sempat lagi memberi pesanan kepada adik-adiknya.“Kalau dia mengapa-apakan kamu kat sana,walaupun mengguriskan hati kamu,bagitau along.”Serius sahaja muka Iman.Adik-adiknya hanya mengangguk sambil tersenyum.“Sedih pula,Angah nak tinggalkan Along sorang-sorang kat sini umi.”kata Itra sebaik sahaja kapal yang dinaiki berlepas.“Biasanya Alonglah tempat kita berharap kalau ada apa-apa yang berlaku.”Kata Izah pula.“Astagfirrullahalazim.Kita perlu membiasakan diri tanpa along.Satu hari nanti kita tetap akan berusaha sendiri tanpa along.Along pun perlu mempunyai kehidupannya sendiri.Sudah terlalu lama Along menjadi tulang belakang keluarga ini.Angah dan acu pun dah besar panjang tak lama algi nak kahwin.Takkan masa nak bersuami pun masih lagi nak berharap dengan along.”Jelas Kamariah.Mulut Itra dan Izah memanjang apabila disebut pasal perkahwinan.Semua yang dikatakan oleh uminya semuanya benar-benar belaka.Mereka perlu berusaha untuk hidup tanpa berharap sangat dengan kakak sulung mereka,Nur Iman.Nur Iman berat hati menghantar mereka bertiga pulang ke tanah air.Namun segala prasangka buruk dibuang jauh-jauh untuk menyedapkan hatinya.

No comments:

Post a Comment