Halue...^__________^

Enjoy urself...Hopefully...

Wednesday 11 April 2012

Love??? Or Hate???!!! Ep 4

"Korang tahu tak kenapa Azireah dari kelas sebelah pindah?"Kata Mia membuka cerita.Kalau masa-masa lapang memang takde kerja lainlah dorang ni asyik nak cerita apsal orang sahaja."Tak."Jawab Qiqin.Aku hanya mendiamkan diri kerana tidak ingin terlibat dengan cerita yang bakal disampaikan Mia."Aku dengar dia confess dengan Adam.Adam reject dia.Patah hati kot."Kata Mia sambil tergelak.Aku hanya menggelengkan kepala.Huh,sampai bilalah lelaki ni nak mempermainkan perasaan perempuan disekelilingnya except aku.Aku tak berminat langsung dengan mamat tu.Benci adalah.Aku melihat ke arah Qiqin yang sememangnya aku amat yakin yang dia mempunyai perasaan terhadap Adam.Walau apa pun yang berlaku aku akan sentiasa sokong dia."Geng,sir on the way."Kata Ashiera yang merupakan penolong ketua kelas kami.Kelas Fizik akan bermula sebentar lagi.Pelajar dari kelas sebelah sudah pun memenuhi ruang-ruang kosong di dalam kelas kami.Adam mengambil tempat selang beberapa meja daripada tempat duduk aku.Lega sedikit rasa hatiku kerana dia tidak lagi mengacau aku sejak kebelakangan ini.Namun apa yang peliknya,setiap kali aku melihat ke arah Adam,dia akan tersenyum-senyum memandangku sambil menulis sesuatu di atas kertas kosong diatas mejanya.Sedang aku fokus dengan topik Electromagnetism yang diajar oleh Sir Asrudin,Adam tiba-tiba berdiri ditepiku sambil memegang sehelai kertas yang telah dilipat-lipat."Nah...Ambillah.Baca tau.Jangan bagi orang lain baca tau."Katanya lalu berjalan ke mejanya semula.Aku bingung melihat kertas yang diberikan oleh Adam sebentar tadi.Mia melihat aku dengan senyuman yang tersirat.Qiqin pula berpura-pura tidak nampak yang Adam memberi aku surat sebentar tadi.Baru aku nak buka surat tu Mia sempat lagi berpesan kepadaku."Jagalah awak Lieya...Ada jampi kat surat tu.Dia nak kenakan awak."kata Mia sambil tersenyum."Hish,awak ni tak baik tau."Kataku sambil terus membuka lipatan yang pertama.Namun semasa aku membuka lipatan yang pertama,serbuk warna putih telah jatuh daripada kertas itu.Aku memandang kepada Mia meminta kepastian untuk meneruskan pembukaan surat ini atau sebaliknya."Up to you...Aku dah pesan."Kata Mia sambil mengangkat bahu.Aku memandang Adam semula.Dia masih lagi tersenyum kepadaku.Akhirnya akal aku mencapai satu kata sepakat.
"Sir."Kataku memotong kata-kata Sir Asrudin."Kenapa Alieya?Ada apa-apa yang awak tak faham?"Tanya Sir As."Adam bagi saya surat."Kataku berterus terang kepada Sir As.Semua mata memandang ke arahku.Senyuman dibibir Adam mati."Aik...Bagi kat sini."Kata Sir As sambil tersenyum memandang Adam.Aku berjalan ke arah Sir As sambil membawa surat yang Adam berikan tadi."Jangan!"Kedengaran Adam menjerit.Namun surat telah berpindah tangan dan aku sudah pun kembali ke termpat aku sendiri.Adam menutup mukanya dengan buku teks Fizik."Hmm...Patut tak Sir bacakan surat ini?"Soal Sir As kepada kami semua.Majortinya bercakap ya.Perlahan-lahan Sir As membuka surat itu.Kemudian dia tersenyum."Ke hadapan Natalieya Hanna...Sebenarnya aku suka kat awak.Kewujudan awak membuatkan aku makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah.Aku harap awak dapat menerima aku seadanya."Kata-kata Sir As membuat mulutku terlopong.Biar-betul mamat ni.Semua yang berada didalam kelas sunyi sepi dan ada juga yang ketawa."Awak ni Adam.Sir mengajar kat depan,awak pula tulis surat cinta dengan awek."Kata Sir As."Taklah Sir...Main-main jer tu."kata Adam sambil berjalan mengambil semula surat yang berada ditangan Sir.Adam lalu ditepi aku."Kan aku dah cakap jangan beri baca pada orang lain.!"Tekannya kepadaku.Aku hanya terdiam memandangnya.Perasaan malu timbul didalam hatiku.Bodohnya aku!!!Kesian kat Qiqin,aku telah merosakkan usaha dia nak pikat Adam.

                                            **************************************

"Lieya!Adam nak jumpa awak kat hujung koridor kelas kita."Kata Helmi selaku best friend Adam."Bagitau dia,saya sibuk."Kataku lalu berpura-pura sibuk.Tidak lama kemudian Helmi datang semula."Dia kata dia nak juga jumpa awak...Hari ni last day dia katanya.Pergilah!"Desak Helmi."Jadi kenapalah kalau last day dia.Saya tak kisah....Saya lebih banyak benda penting yang nak disiapkan."Kataku kepada Helmi.

Tak sangka rupanya memang last day dia kat sekolah ni hari jumaat lalu.Sekarang dunia aku aman.Takde lagi yang nak kacau-kacau aku dah.I'm free again.Dapatlah aku menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajar.Aik,apa kes pulak aku tak dapat nak tumpukan perhatian apabila Adam ada?



n3 baru lagi....Hahahha
Betulkah Lieya rasa aman atau rasa kehilangan??
Apa pa pun enjoy...
^__________*

No comments:

Post a Comment