Halue...^__________^

Enjoy urself...Hopefully...

Sunday 8 April 2012

Love??or Hate???! Ep 2

Entah...Tiada angin tiada ribut,aku dilantik sebagai setiausaha kelas 4B.Aku ni bolehlah dikira gadis pendiam dalam kelas ni.Asyik menelaah buku sahaja.Sekolah ni berbeza sedikit dengan sekolahku yang terdahulu.Yelah dulu kalau kat sekolah aku tak de leh yang macam ni.Kalau takde guru pun semua duduk diam jer.Kalau kat sini.Semuanya tak reti nak diam.Nasib baiklah iman dalam dada ni masih lagi ada.Kalau tak dah keluar silat hang tuah aku buat belasah diorang ni semua.Lagi satu,kalau time subjek sains ni seperti fizik,biologi dan kimia semuanya gabung dengan kelas 4A.Tak bestlah...

"Hai."kata lelaki yang ada kat dewan hari tu.Aku hanya memandangnya.Tidak memberikan sebarang respond kepada dia."Aku dah try dah,dia tak bagi respond."kata seorang lelaki yang tiba-tiba muncul.Lelaki yang tak aku kenali namanya hanya tersenyum.Mak aih,hensemnya.Ada lesung pipit.Baru aku nak melarikan diri daripada mereka berdua lelaki 'hensem' tadi menghalang perjalananku."Nak pergi mana?"Soalnya."Move!"Kataku kepadanya.Wajah aku memang sentiasa serius.Lelaki itu membiarkan aku lalu.Sebenarnya aku bukanlah seorang gadis yang serius aku sebenarnya friendly.Tapi disebabkan environment baru,so aku pun tak biasa lagi.Mak aku kata,kalau tak nak dibuli ditempat baru,kita kenalah bersikap serius.So,takde yang berani nak ganggu.Seminggu dah aku berada kat sekolah aku ni.Aku sedih sebenarnya kerana Hani terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ayahnya telah dipindahkan ke area lain.Maklumlah,ayahnya seorang jurutera.Tapi aku sudah mempunyai beberapa kawan baru iaitu,Qiqin dan Mia.Mereka sangat friendly dengan aku.Kami duduk bertiga di barisan hadapan kelas untuk menumpukan perhatian.Semasa kelas biologi bermula,kelas 4A akan masuk ke kelas kami.Ah,aku dah kenal lelaki yang selalu kacau aku tu.Nama dia pun sedap.Adam Daniel.Macam nama mat saleh.Adam selalu duduk di kat meja yang bersebelahan dengan aku.Pandang entah siapa dan terus terkekek-kekek ketawa.

                                     ********************************************
Adam berjalan ke arah kami bertiga sambil tersenyum.Dia ingat dia tu popular sangat?Memang aku akui yang dia memang diminati ramai tetapi,dia taklah sehensem mana.Kalau macam Brad Pitt,Fuh aku pun ikut-ikut kat belakang dia.Telingaku mula menangkap kata-kata daripada pelajar-pelajar perempuan di kantin ni."Adamlah...Hensemnya dia,kalau aku jadi makwe dia,takkan aku lepaskan."Kata pelajar perempuan pertama."Huh,kau mana dia pandang...Kalau macam aku ni,Barulah."Kata kawannya pula sambil menyisir rambutnya.Haish,masa makan pun nak menyisir rambut."Hai,my sweet Natalieya Hanna."Kata Adam lalu mengambil tempat di hadapanku.Aku hanya meneruskan suapanku.Tapi aku dapat merasakan yang Qiqin bersikap seperti tidak senang dengan kehadiran Adam."Awak sukakan saya kan?"Katanya kepada Qiqin dengan tiba-tiba.Aku bagaikan tidak percaya dengan mamat ni.Straight forward sangat."Tak...Tak..."Jawab Qiqin tergagap-gagap."Saya tahu,awak selalu pandang kat saya time kelas kita 'bergabung'."katanya sambil tersenyum."But don't worry,Saya akan pertimbangkan awak."Katanya sambil tersenyum sebelum berlalu.Namun sebelum dia berlalu,dia sempat berkata kepadaku lagi."Bye Natalieya Hanna....Enjoy your meal."Apalah mamat ni!Muka Qiqin kemerah-merahan seperti apa yang dikatakan oleh Adam sebentar tadi adalah benar..






^___________________^

2 comments: